Tuesday, 22 May 2018

Tiba-Tiba Hilang Berat Badan Walau Tidak Diet, Itu Mungkin 8 Tanda-Tanda Anda Menghidap Penyakit Kanser Pankreas


Kebelakangan ini, pelbagai penyakit yang tidak biasa didengar sebelum ini semakin hari semakin memunculkan diri. Terdapat pelbagai faktor kepada kewujudan penyakit-penyakit ini antaranya gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang.

Penyakit-penyakit seperti kanser juga semakin kerap dan dialami oleh orang ramai. Malangnya, kerana kekurangan ilmu, ramai daripada kita tidak menyedari bahawa sedang menghidapi penyakit tertentu seperti kanser hinggalah ia sudah terlambat untuk dirawat.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 8 tanda-tanda anda mungkin menghidapi penyakit kanser pankreas. Semoga bermanfaat.

1. Jaundice Atau Kulit Sedikit Kuning


''Jaundice adalah simptom paling jelas menandakan anda menghidapi penyakit kanser pankreas,'' kata Dr. Christopher DiMaio, seorang Gastroenterologist daripada Hospital Mout Sinai, New York.

''Kebiasaannya pesakit tidak merasa apa-apa apabila mereka menghidapi jaundice hinggalah saat apabila mereka menyedari mata mereka menjadi kuning dan berjumpa doktor, sebelum disahkan menghidapi penyakit kanser ini,'' katanya lgi.

Kanser yang berlaku di bahagian awal pankreas boleh menyebabkan berlaku halangan pada saluran hempedu, sekali gus menghalang cecair hempedu daripada masuk ke dalam usus. Cecair hempedu yang berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak dalam makanan tidak dapat berfungsi sekaligus membuatkan sisa buangan kekal di dalam badan.

Pembentukan cecair hempedu yang terhalang daripada memasuki usus inilah yang menjadi penyebab kepada berlakunya jaundice dan membuatkan kulit anda kelihatan sedikit kuning.

2. Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sakit Perut


''Rasa sakit itu sukar dijelaskan, tetapi rasa sakit berterusan di bahagian dalam perut atau merasa sakit yang merebak ke sisi badan hingga bahagian belakang adalah tanda-tanda yang anda tidak boleh abaikan dan memerlukan pemeriksaan segera,'' kata Dr. DiMaio lagi.

Kanser yang terbentuk di bahagian awal pankreas boleh membesar dan memberi tekanan kepada organ-organ dalaman yang lain sekaligus menyebabkan anda merasa sedikit sakit. Jika kanser ini merebak ke seluruh bahagian pankreas, ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang.

3. Air Kencing Berwarna Gelap Dan Najis Sedikit Berminyak


Jika air kencing anda mula bertukar menjadi gelap (atau perang karat), ia mungkin menjadi petanda anda mungkin menghidapi kanser.

Ini disebabkan bilirubin, satu bahan yang dihasilkan oleh hati yang sebahagiannya membentuk cecair hempedu dan dihasilkan di dalam darah boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi gelap. Manakala jika anda melihat najis anda berwarna kelabu seperti tanah liat atau berminyak, ia juga adalah simptom-simpton kanser pankreas memandangkan berlaku halangan terhadap cecair hempedu untuk memecahkan lemak.

4. Sering Mengalami Loya Ataupun Muntah


Kanser pankreas yang menekan kawasan perut boleh menyebabkan berlaku halangan dan menyukarkan makanan daripada memasuki perut. Menurut American Canser Society, keadaan ini boleh menyebabkan berlaku loya, muntah dan kesakitan yang cenderung menjadi lebih teruk selepas anda makan.

5. Berlaku Pembentukan Pankreatitis Di Dalam Pankreas.


Pankreatitis adalah keradangan yang berlaku di dalam pankreas.

''Pankreatitis yang kronik dan tidak dapat dijelaskan mungkin berlaku disebabkan pembentukan tumor di dalam pankreas,'' kata Dr. DiMaio.

Walaupun pankreatitis seringkali berlaku disebabkan sakit batu karang, pengambilan ubat-ubatan baru atau ketagihan alkohol, namun sekiranya anda merasakan anda menghidapi pankreatitis dan tidak mempunyai mana-mana faktor di atas, anda mungkin sebenarnya menhidapi sesuatu yang lebih serius.

6. Masalah Oral


Jika anda menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan oral anda seperti bau yang keterlaluan, keradangan pada gusi, atau masalah gigi ia mungkin lebih daripada sekadar masalah oral.

''Pesakit kanser pankreas secara umumnya memang diketahuai akan mengalami masalah pada bahagian gusi, gigi dan pembentukan kaviti,'' menurut satu kajian yang dibuat oleh NYU Langone Medical Center.

Hasil kajian yang dibuat oleh institusi ini mendapati bahawa mereka yang kesihatan oralnya menunjukkan kewujudan bakteria yang mempunyai kaitan dengan periodontitis (keradangan pada gusi) mempunyai risiko 59 peratus lebih tinggi untuk menghidapi penyakit kanser pankreas.

7. Didiognasis Dengan Penyakit Kencing Manis Tahap Dua


Didiognasis dengan penyakit kencing manis bukanlah petanda anda sedang mengalami penyakit kanser pankreas, namun ia boleh meningkatkan risiko untuk anda. Menurut kajian yang dibuat menunjukkan 40 peratus pesakit kanser pankreas pernah didiognasis dengan penyakit kencing manis sekurang-kurangnya sebulan sebelum didiognasis dengan sakit kanser.

''Pankreas juga berfungsi untuk menghasilkan insulin, jadi tumor di peringkat awal mungkin memberi kesan kepada penghasilan insulin, menyebabkan berlakunya kencing manis,'' kata Dr. DiMaio.

8. Hilang Berat Badan Yang Tidak Dapat Dijelaskan


Jika anda menyedari bahawa anda secara tiba-tiba hilang selera dan kehilangan berat badan sedangkan anda tidak mengamalkan sebarang diet, berjumpalah doktor dengan segera kerana menurut Dr. DiMaio, ia adalah simptom-simptom kanser pankreas.

Sumber : Reader Digest

0 comments

Post a Comment