Saturday, 19 May 2018

Pengemis Ditemui Mati Dalam Kereta Terbiar, Tetapi Siasatan Mengejutkan Polis Temui Wang Tunai Lebih RM 4 Juta Dalam Akaunnya


Seorang pengemis jalanan di Labenon, Fatima Othman, 52, mengejutkan pihak berkuasa apabila kematiannya mendedahkan kekayaan sebenarnya yang bernilai jutaan ringgit.

Pihak polis yang menyiasat akaunnya nyata tidak percaya bahawa wanita ini walupun sering kali dilihat meminta-meminta di jalan, rupa-rupanya mempunyai harta yang disifatkan tidak logik dengan keadaan hidup semasa hayatnya.

Ketika mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di bandar Barbir, pihak polis turut menemui wang tunai yang disimpan di dalam uncang plastik bewarna hitam bernilai LBP 5 juta (RM 13,136).


Polis yang mengesyaki sesuatu tidak kena kemudian memeriksa akaunya pula dan membuat penemuan yang amat mengejutkan apabila wang tunai sejumlah LBP 1.7 bilion (RM 4,369,200) ditemui. Pemeriksaan yang dibuat polis tersebut berdasarkan penemuan buku akaun deposit bank miliknya.


Menurut jurucakap polis, Joseph Musallem, kematian Fatimah tidak mempunyai unsur-unsur jenayah dan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.


Bagaimanpun katanya, ianya sesuatu yang sangat mengejutkan untuk menemui wang tunai sebanyak itu memandangkan mangsa adalah seorang pengemis yang meminta-minta di jalanan.

Menurut laporan akhbar tempatan, Fatimah kehilangan upaya untuk menggunakan tangan dan kakinya kerana menjadi mangsa Perang Saudara di sana.

Keadaan hidupnya mendapat perhatian orang ramai dan dianggap seperti selebriti selepas sekeping gambar yang memaparkan seorang anggota tentera memberinya minum tersebar di media sosial.


Anggota tentera tersebut turut mendapat pujian dan penghargaan di atas sifat kemanusiaan yang ditunjukkannya terhadap Fatimah.

Pihak berkuasa berjaya menjejaki keluarga Fatimah dan jasadnya dikhabarkan telah pun dikebumikan oleh mereka di perkampungannya di Ain Al-Zahab di Akkar.

Keluargan Fatimah ketika dimaklumkan mengenai kekayaan yang dimilikinya juga terkejut dengan berita tersebut.

Sumber : Dailymail




0 comments

Post a Comment