Wednesday, 23 May 2018

Netizen Kecam Pertubuhan Achiya, Sengaja 'Edit' Gambar Masjid Kubah Batu Jadi Kuil Yahudi Ketiga


Duta Amerika Syarikat, David Friedman berdepan kritikan oleh orang ramai ketika gambar beliau bersama imej gambar Baitulmaqdis menunjukkan Kuil Yahudi Ketiga 'diedit' menggantikan Masjid Kubah Batu (Dome of Rock) ketika lawatannya ke Israel semalam.

Gambar itu diambil ketika beliau mengunjungi bandar Bnei Brak berhampiran Tel Aviv anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Achiya yang membantu pelajar kurang upaya.

Berikutan tindakan itu, Achiya telah memohon maaf dan menyifatkan ia sebagai 'perbuatan politik murah' oleh kakitangan mereka.

Walaubagaiman pun, Friedman dalam kenyataannya memberitahu beliau langsung tidak menyedari akan gambar 'edit' tersebut.

"Dasar AS adalah jelas, kami menyokong status quo Haram al-Sharif," menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan.



Rata-rata netizen mengecam perbuatan itu melalui sosial media yang dilihat sebagai sokongan tersirat AS terhadap kumpulan pelampau Yahudi yang mahu meneruskan rancangan 'jahat' mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu untuk membangunkan kuil ketiga tersebut.

"Mereka akan memusnahkan Haram al-Sharif jika Presiden Donald Trump memberi lampu hijau untuk berbuat demikian," kata pengguna Twitter, Ali Askar.

Sementara itu, penduduk Palestin, Mohamed Nashwan menyelar sikap berdiam diri pemimpin Arab.

"Sampai bila kita mahu berdepan tindakan biadab seumpama ini tanpa reaksi tepat daripada pemimpin di rantau ini," ujarnya. - al-Jazeera


0 comments

Post a Comment