Friday, 18 May 2018

Jangan Panik Kalau Hidung Berdarah, Lakukan Perkara Ini Sebagai Perawatan Awal


Pasti setiap dari kita pernah mengalami situasi di mana hidung tiba-tiba mengeluarkan cecair darah. Hidung berdarah atau nama saintifiknya, epitaksis, sering berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada terjadinya hidung berdarah ini terutamanya faktor cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk selain terdapat jangkitan seperti selsema.

Hidung berdarah ini terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia. Namun pendarahan tanpa henti yang berlaku akan mengundang panik dan membuatkan kita buntu.

Meskipun, hidung berdarah ini kelihatan normal kerana sering terjadi, segeralah merujuk kepada hospital sekiranya jangka masa berlakunya hidung berdarah ini berlarutan.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tips apabila pendarahan hidung berlaku di rumah yang dikongsi oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman facebooknya.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!


PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN

1. Bertenang

2. Tundukkan kepala

3. Compress pangkal hidung selama 20 minit menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Boleh menggunakan kain.

4. Letak ais pada dahi.

5. Sekiranya pendarahan masih berlaku, kekalkan posisi di atas dan segera ke hospital.


JANGAN LAKUKAN PERKARA INI:

1. Dongakkan kepala.

2. Masukkan apa-apa alat ke dalam hidung seperti daun, air dan sebagainya.

3. Kekal di rumah apabila pendarahan tidak berhenti.

Sumber: Dr Ezairy M. Sallih
.

0 comments

Post a Comment