Thursday, 24 May 2018

Ibu Bapa Kena Banyak Peluk Anak, Sekurang-Kurangnya 8 Kali Sehari - Doktor Ini Kongsi Tips 'Parenting' Berkesan



Sebagai ibu-bapa, masih ingat bila kali terakhir anda memberi pelukan terhadap anak dan berapa kalikah pelukan itu? Kadang-kala kita mungkin lupa untuk memeluk mereka. Nampak remeh, namun pelukan setiap hari sangat penting dalam pembesaran mereka.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin dapat membuka mata ibu-bapa di luar sana.

Berapa Banyak Nak Kena Peluk Anak Dalam Sehari?

Perkara pertama Maryam Soolihah buat lepas bangun tidur adalah dia akan cari saya dan minta dipeluk.

Tu la antara rahsia saya bagaimana nak bagi anak tak meragam pagi-pagi buta waktu semua orang tengah kalut nak siap pergi kerja.

Syarat nak bagi pelukan kita tu jadi PIL PENENANG bagi anak kita ada 2 je :

Peluk dalam masa 1 minit pertama anak bangun sebab waktu tu anak masih dalam keadaan mamai dan gelombang otaknya masih dalam keadaan Theta dan tenang.


Peluk dalam keadaan hati kita pun tengah tenang. Jangan peluk masa kita tengah kalut ataupun pernafasan kita tengah laju. Anak boleh detect getaran hati kita.

Berapa kali nak bagi pelukan kat anak dalam sehari?

Mengikut nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, anak kita perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar.

Tak rugi pun peluk anak kita ni sebab pelukan kita tu :

Memberi 'tactile sensation' yang menyenangkan dan menenangkan pada badan anak kita.


Membuatkan anak bertambah yakin dengan badannya sendiri bila badan anak kita mendapat signal 'proprioceptive' daripada pelukan tu tadi.

Membuatkan badan anak kita merembeskan hormon bahagia ( dopamine ) yang mengusir segala stress dan tekanan pada anak dan juga hormon cinta ( oxytocin ) yang membuatkan ikatan bonding kita dan anak kita jadi lebih kuat!


Ilmu ni tak ramai yang tahu tau. Sebarkan ilmu ni pada yang belum tahu ye.

Bila kita last peluk anak kita dan berapa kali dah kita peluk anak kita hari ni?

p/s : Klik ni ye kalau nak belajar lagi banyak lagi tentang anak kita - t.me/NotaTaufiqRazif

Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment