Monday, 21 May 2018

Gelagat Lucu Seekor Burung Kakak Tua Bantu Tuannya Cabut Gigi Yang Longgar Cuit Hati Netizen


Seorang kanak-kanak meminta bantuan haiwan peliharaannya untuk mencabut giginya yang longgar.

Rakaman dibawah menunjukkan Nell, si burung kakak tua dilihat memasukkan kepalanya kedalam mulut tuannya untuk mengambil sesuatu.

Ternyata apa yang dilakukan oleh Nell mencuit hati orang ramai.  Nell dilihat berjaya menarik dan mengeluarkan gigi itu daripada kanak-kanak tersebut.






"Awak berjaya keluarkannya!", kanak-kanak itu menjerit teruja.

Dia kemudian mengambil gigi daripada paruh burung itu sambil berkata, "kamu sudah melakukan yang terbaik, Nell!"


"Ia sangat longgar dan Nell mencabutnya", kata kanak-kanak itu kepada kamera yang sedang merakam.

Momen lucu itu dirakam di Lake Saint Louis, Missouri, awal minggu ini.

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail

0 comments

Post a Comment