Thursday, 24 May 2018

Datuk Seri Amar Singh Sahkan 35 Dari 72 Beg Mengandungi RM114 Juta





25 Mei - Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman Datuk Seri Amar Sigh Ishar Sigh telah mengesahkan 72 beg yang dirampas 35 beg daripanya mengandungi wang sebanyak RM114 Juta.

Pengesahan itu dilakukan ketika sidang media di Menara 238 Jalan Tun Razak tentang status kes siasatan 1Malaysia Development Berhad.

Beliau juga mengesahkan bahawa informasi yang tersebar di laman sosial sebelum ini semuanya adalah berita palsu.

Datuk Seri Amar juga mengesahkan baki beg yang ada tidak mengandungi wang tunai tetapi hanya barang kemas yang belum dapat dipastikan nilainya.






0 comments

Post a Comment